Rabu, 13 Julai 2016

Sektor hartanah dan perdagangan tarik minat pelabur di Kelantan

MALAYSIA DATELINE
 
 
Datuk Ahmad Yakob berkata sejak tiga tahun kebelakangan ini  banyak pelabur berminat untuk melabur di Kelantan.Datuk Ahmad Yakob berkata sejak tiga tahun kebelakangan ini banyak pelabur berminat untuk melabur di Kelantan.


Hubungan baik di antara pimpinan utama kerajaan yang membarisi Majlis Mesyuarat Kerajaan dengan pegawai pentadbir dan pihak istana mengukuhkan jentera pentadbiran Kerajaan Negeri.

Dengan jentera pentadbiran yang kukuh dan harmoni, maka urusan pentadbiran dan pembangunan negeri dapat dilakukan dengan lancar dan teratur.

Menurut Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob sejak tiga tahun kebelakangan ini banyak pelabur berminat untuk melabur di Kelantan.

Ini kerana tiga pihak itu berfungsi secara profesional dan harmoni sejak Kelantan dipimpin Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan diteruskan di bawah kepimpinan beliau.

"Banyak pelabur berminat dalam sektor hartanah dan perdagangan, antaranya AEON Mall di Lembah Sireh yang merupakan antara premis AEON terbesar di Malaysia.

“Pentadbiran Kerajaan Negeri alhamdulillah sangat kukuh dan mempunyai persefahaman yang baik antara pentadbir dan juga pemerintah, khususnya hubungan dengan pegawai,” ujarnya ketika berucap pada Majlis Mesra Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bersama anak-anak Kelantan di perantauan seperti di petik dari portal  UPKN Kelantan.

Ahmad menegaskan bahawa Kerajaan Negeri di bawah pimpinannya tidak sekali-kali leka walau sebesar manapun pembangunan datang ke negeri ini.

“Melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan, exco-exco kita pantau (projek pembangunan) supaya tidak lari dari garis-garis ‘Membangun Bersama Islam’. Kita tak gadai prinsip kita,” tegasnya.

Beliau turut menghargai peranan rakyat Kelantan di mana jua mereka berada. Beliau tersentuh dengan modal insan yang dilahirkan kerajaan yang akhirnya banyak membantu kerajaan dalam membangun negeri Kelantan.

“Keberkatan yang utama yang ada pada Kelantan yang mampu mengeluarkan anak-anak didik kita. Anak Kelantan yang mempunyai modal insan yang tinggi. Ini antara benda yang membantu kita di samping kekelantanan itu sendiri.

"Kita rasa sayang antara kita. Kita hormat antara kita. Kita boleh melaksanakan sesuatu dengan pakatan anak Kelantan yang berteraskan kepada agama Islam yang maha suci,” beliau meluahkan rasa bangga itu
Di majlis itu Ustaz Ahmad sempat melancarkan dua buah buku terbitan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan berjudul Menteri Besar Kelantan dan Tanah Jajahan Negeri Kelantan.

Turut hadir Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Faudzi Che Mamat, Yang diPertua Dewan Undangan Negeri, Datuk Abdullah Ya’kub, barisan Exco, dan beberapa selebriti ternama kelahiran Kelantan.

Tiada ulasan: