Rabu, 13 Julai 2016

Belum pun bentuk kerajaan, Pakatan Harapan mengaku gawat

 
 


Belum pun berjaya membentuk kerajaan, masalah dalaman Pakatan Harapan yang menggabungkan Parti Keasdilan Rakyat (PKR) , DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) kini semakin gawat dan perlu diselesaikan segera sebelum keadaan menjadi semakin rumit.

Pengakuan itu dibuat oleh Majlis Presiden Pakatan Harapan dalam satu menyataan media yang melihat kepimpinan politik gabungan itu terlalu terperangkap dengan kegawatan sesama ahli dan parti politik.

“Masalah ini mesti diselesaikan segera kerana dalam apa jua perkara, kepentingan rakyat mesti didahulukan.

“Melihat kepada kegawatan ini, pimpinan dalam Pakatan Harapan akan mengadakan satu pertemuan pada masa terdekat ini untuk mengkaji kelemahan kami dan mengatur strategi untuk mendapatkan semua sokongan rakyat,” kata kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut ditandatangani Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Ketua Pembangkang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAN, Muhamad Sabu.

Pakatan Harapan ditubuhkan pada 22 Sept tahun lalu dan parti Pas mengambil keputusan untuk begerak sendirian kerana tidak sebulu dengan DAP dan parti ahli serpihannya, Pas.

Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bermesyuarat semalam turut membincangkan dengan mendalam pelbagai perkembangan dalam negara sejak gabungan itu ditubuhkan.

Selain itu pembentangan dan rundingan dengan rakyat mengenai Dasar-Dasar Bersama Pakatan Harapan yang menyeluruh dipercepatkan supaya tumpuan kembali kepada rakyat.

Majlis Presiden Pakatan Harapan turut menyokong pendirian kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang bahawa Guan Eng tidak perlu bercuti atau meletakkan jawatan sementara menunggu kes perbicaraan rasuahnya selesai.


Tiada ulasan: