MSO
Permohonan dikemukakan bekas Exco Kanan Kelantan Husam Musa
supaya Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu supaya menitahkan
pengubahan status laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB adalah satu
permohonan yang baik dilihat ia dibuat demi kepentingan negara dan
rakyat.
Penitahan agar status laporan audit itu yang diOSAkan, sebagai memastikan negara ini ditadbirkan dengan penuh integriti.
Apabila laporan audit mengenai 1MDB itu dibuka semula, rakyat akan dapat
menilai laporan itu dengan penuh adil dan saksama bagi mereka
mengetahui apa yang berlaku dalam 1MDB yang telah direkodkan sebagai
skandal terbesar negara bertaraf lima bintang itu.
Sambil membuat cadangan itu Husam bertanya, bolehkah Seri Paduka dan
Raja-Raja Melayu menitahkan taklimat khas oleh Ketua Audit Negara, serta
menitahkan satu salinan diberikan kepada mereka? Maksud Husam Agong
minta Ketua Audit Negara memberi taklimat kepada mereka dan serahkan
satu salinan untuk Raja-Raja.
Terima kasih kepada Husam kerana masih ada idea untuk merungkaikan isu
1MDB yang telah diselkan oleh Peguam Negara yang baharu. Apa dilakukan
Husam menunjukkan pemikiran beliau masih belu tepu, kepalanya tetap
bergerak untuk memperjuangkan hak rakyat. Cuma malangnya bekas partinya
tidak dapat menilai akan kelebihan dan keistimewaan yang ada kepada
tokoh ini.
Tindakan Husam itu juga menunjukkan komitmen beliau dalam
memperjuangankan hak rakyat dan tidak sedia untuk menjadi syaitan bisu
apabila dipuji atau dapat duduk satu pentas dengan orang yang dibabitkan
dengan skandal kewangan terbesar itu.
Jarang orang mempunyai pemikiran dan idea kreatif seperti Adun Salor
itu. Selepas Anwar Ibrahim saya melihat Husam adalah antara yang kreatif
dalam menelorkan idea-idea menggerakkan perjuangan walaupun berada
dalam keadaan yang tidak kondusif dan berkuasa lagi.
Misalnya Anwar walaupun "diselok" (dijilkan) dalam penjara tetapi masih
mampu mengeksport keluar idea-idea dan buah fikiran untuk menggerak
perjuangan dan dijanakan oleh rakan-rakan di luar. Anwar masih mampu
memonitorkan idealisme perjuangan dari dalam kurangan. Apa dilakukan
Husam itu adalah menyerupai apa dibuat oleh Anwar Ibrahim. Sebab itu
saya kata "penjara bukan pusara" buat Anwar.
Nah, begitulah juga diharapkan kepada Husam. Pemecatannya daripada Pas,
pelucutan jawatan dan penafian haknya sebagai orang yang paling layak
menjadi MB Kelantan tidak melemah dan mematikan langkah untuk membela
rakyat.
Kelebihan dan keserasian dalam menjadi agigator perjuangan antara kedua
ini telah lama saya nampak. Sebelum tahun 2009 lagi saya telah
membayangkan kalau berlaku kombinasi mampat antara parti-parti dalam
Pakatan Rakyat khasnya di antara Pas dengan PKR, maka orang yang akan
menjadi timbalan perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan menang ialah
Husam Musa. Saya pernah membuka trek cita-cita berharap Husam akan mulai
memegang jawatan selaku presiden Pas dalam tahun 2013 atau 2015.
Tetapi...
Mengenai cadangan Husam itu, meskipun bagus dan Yang di-Pertuan Agong
sebelum mengucap sayor nara kepada Istana Negara seharusnya mengambil
kira permohonan Husam itu. Itulah sebaik-baiknya. Kesediaan Agong untuk
memenuhi permohonan Husam itu dilihat lebih berdarjat daripada Istana
Negara buat pertama kali dibuka untuk kunjungan rakyat sempena 1 Syawal
lalu.
Sekiranya Agong sedia menitah seperti mana cadangan Husam itu, ia juga
boleh dijadikan buah tangan baginda yang sangat dihargai rakyat sebelum
berangkat kembali ke Kedah untuk bersemayam sebagai Sultan Kedah selepas
tempoh perkhidmatan sebagai Yang di-Pertuan Agong tamat hujung tahun
ini.
Pun begitu relevan dan rasional cadangan Husam itu, bagi saya ia tidak
akan memberi apa-apa bekas. Walaupun cadangan itu merupakan dambaan
rakyat jelata yang mahukan ketelusan dalam pentadbiran, yang tergilakan
kebenaran, tetapi Yang di-Pertuan Agong saya melihat tidak sedia
melakukannya. Amat-amat mustahil akan direalisasikan.
Atas sifat baginda Raja Berpelembagaan, ke semua sembilan baginda
tertakluk kepada kuasa eksekutif pemerintah, yakitu perdana menteri.
Perlu difahami isu yang hendak diperkatakan itu membabitkan perdana
menteri secara langsung. Dalam hal ini saya tidak fikir Kerajaan (baca
Najib Razak) sedia untuk memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong
memenuhi cadangan Husam itu. Yang di-Pertuan Agong akan bertindak atas
nasihat memanda perdana menteri. Ini hakikat yang kena difahami.
Seperti mana kita sedia maklumi Majis Raja-Raja telah pun diberi
taklimat panjang lebar mengenai perkembangan dan implikasi di sekitar
isu 1MDB. Dalam taklimat itu, yang diberikan oleh pihak SPRM, dihadiri
sama oleh Ketua Polis Negara< KSU dan lain-lain pembeasar, mereka
sudah merintih dan mengharap restu Raja-Raja untuk menyelesaikan isu
1MDB mengikut semangat undang-undang dan kuasa yang ada kepada
Suruhanjaya itu.
Bagaimana pun ia mengecewakan. Majlis Raja-Raja tidak memberi apa-apa
reaksi yang diharapkan dengan apa yang taklimatkan. Taklimat itu tidak
lebih daripada satu formaliti sahaj. Adalah dipercayai tindakan beberapa
orang pegawai tinggi SPRM, termasuk Ketua Pesuruhjaya, timbalan dan
lain mengambil keputusan untuk berhenti ialah selepas taklimat mereka
tidak mendapat respon yang diharapkan.
Makanya berdasarkan kepada hal itu, saya tidak yakin Yang di-Pertuan
Agong sedia memenuhi cadangan dibuat oleh bekas Naib Presiden parti
agama itu.
Cadangan baik itu tidak lebih dan tidak kurang memberi kesimpulan
mengenai kehebatan Husam yang mempunyai idea dalam perjuangan, dan
disamping itu menunjukkan isu 1MDB walauun ia telah disel oleh Peguam
Negara, tetapi orang ramai masih mempertikaikannya. Apapun wajar kalau
cadangan Husam itu turut "direnyutkan" oleh badan-badan lain dan juga
parti politi.
1MDB tetap akan bergentanyangan di angakasa raya Malaysia, seperti mana
hantu Altantuya yang sering kali mengusik lamunan orang-orang tertentu.
Titik,
Tiada ulasan:
Catat Ulasan