Anne Muhammad
Bekas naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertikaikan
tindakan kepimpinan parti itu yang menggantung keanggotaannya tanpa
bertanya secara berhadapan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT).
Sebaliknya, kata beliau, Umno bertindak ke atasnya tanpa menyiasat terlebih dahulu ketika beliau sedang mengerjakan umrah.
“Siasatlah dulu, apa pasal takut sangat nak siasat saya berdepan,
tanya saya apa salah saya dalam bulan yang baik kita beramal dan saya
pergi umrah, tidak langsung semasa saya hadir Majlis Tertinggi tak ada
tanya saya.
“Bila saya berumrah gantung saya. Tapi tak apalah mungkin ini di
antara petunjuk Allah bila saya berumrah dan berdoa di Masjid Nabawi.
“Ya Allah saya umat yang maha lemah dan tak sempurna, tunjukkanlah
jalan-jalan yang baik untuk saya membantu agama dan negara itu sahaja,”
katanya kepada pemberita di Balai Ketibaan Domestik KLIA hari ini.
Isnin lalu, Shafie mengumumkan keluar Umno selepas beliau digantung keanggotaannya daripada parti pada 24 Jun lalu.
Shafie juga ditanya sama ada tindakannya meninggalkan parti itu akan memberi sebarang kesan.
“Saya dulu di antara pengasasnya (Umno) bukanlah besar sangat
sumbangan saya tapi adalah sikit sumbangan saya di peringkat negeri
Sabah dalam membesarkan dan membawakan parti Umno.
“Ada yang menyatakan tidak ada kesannya dengan saya keluar dari
parti, kita tunggulah ada kesan atau tidak ada kesan kita tunggu Allah,”
katanya.
Shafie yang juga bekas menteri kementerian kemajuan luar bandar dan
wilayah berkata beliau mempunyai pengikutnya sendiri dan menggesa
pemimpin Umno supaya tidak menghinanya.
“Saya tahu saya pun ada penyokong bukan tidak ada penyokong tapi
jangan hina saya datang dari Sabah nak memperjuangkan dalam membantu
negara kita.
“Saya tahu suara-suara dia di peringkat akar umbi. Lapan tahun saya
jadi menteri luar bandar, saya tahu cita rasa masyarakat luar bandar.
"Saya bela mereka dari orang asli yang tak pernah dihantar sejak
merdeka, 40 orang asli buat ijazah sarjana di London, Amerika Syarikat,
ramai jadi saya sedar apa cita rasa dan yang terpendam dalam hati
mereka,” tegasnya.
Shafie ketika ditanya sama ada akan menyertai pembangkang berkata:
“Tidak akan menyertai mana-mana parti,” katanya dan terus beredar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan