Isnin, 18 Julai 2016

Bangunan sebelah Menara TM terbakar

MalaysiaGazette
 
 


Eskalator didalam sebuah bangunan dalam pembinaan berhadapan Menara Telekom Malaysia (TM) di sini terbakar.

Menurut bomba, kejadian di Jalan Pantai Baru itu pada awalnya menimbulkan rasa panik kepada mereka yang berada di sekitar kawasan berkenaan.

Bagaimanapun tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dari Pantai dan Sri Hartamas dapat mengawal api daripada merebak.

Ia dapat ditangani kira-kira satu jam selepas laporan diterima pukul 9 pagi tadi.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: