KUANTAN: Seorang pegawai kanan Pasdec Holdings Berhad (Pasdec) yang
merupakan anak syarikat kerajaan negeri ditahan di sini semalam bagi
membantu siasatan berhubung kes rasuah bauksit di daerah ini.
Suspek yang berusia 47 tahun ditahan kira-kira pukul 7 petang di
pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengikut Seksyen
17 (a) Akta SPRM 2009.
Sumber SPRM memberitahu, suspek ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.
Lelaki berkenaan merupakan individu ke-14 yang ditahan berhubung kes rasuah membabitkan bahan mineral itu sejak 7 Januari lalu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan