SERDANG: Kementerian Komunikasi dan Multimedia mencadangkan sesi debat
antara Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1Malaysia Development
Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang
Negara (PAC) Tony Pua diadakan pada Jumaat ini.
Menterinya Datuk Seri Salleh Keruak pada satu sidang media hari ini
berkata, debat itu akan disiarkan RTM melalui saluran TV1 dan stesen TV
tersebut akan menghubungi kedua-dua pihak untuk mendapatkan persetujuan.
"Saya syorkan agar debat secara langsung pada Jumaat ini jam 9 malam hingga 10 malam.
"RTM akan menghubungi kedua-dua pihak mengenai syor itu. RTM akan menyediakan moderator.
"Saya berpendapat debat ini perlu disegerakan kerana ia menjadi
perbualan masyarakat," katanya selepas Majlis Perasmian Seminar
Antarabangsa Linguistik dan Pembudayaan Bahasa Melayu kali ke-9 di
Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan