Koh Jun Lin
Di tengah-tengah kritikan salah guna kuasa melibatkan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (Sosma) 2012, bekas peguam negara tampil mempertahankan undang-undang kontroversi itu.
Tan Sri Abdul Gani Patail berkata kuasa siasatan dan prosedur khas diberikan Sosma terbukti berguna dalam menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu (gambar), Sabah, sebelum ini.
Ia juga, katanya, berjaya digunakan untuk menangani kumpulan bersenjata global Negara Islam (IS).
Bagaimanapun, katanya, walaupun dengan undang-undang yang baik, beliau memberi amaran masih terdapat masalah dalam pelaksanaan dan pentafsiran Sosma.
Beliau berkata demikian dalam forum anjuran Majlis Peguam di Kuala Lumpur malam tadi.
Gani juga ditanya sama ada Sosma digunakan secara melebihi dalam kes bekas pemimpin akar umbi Umno Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya Matthias Chang.
Mengulas perkara itu, beliau berkata tidak dapat mengulas perkara yang akan diputuskan mahkamah.
Tunggu perbicaraan
Didesak memberikan jawapan dalam forum itu, Gani berkata tidak dapat mengulas sesuatu itu tanpa fakta mencukupi dalam tangannya.
“Satu-satunya yang saya tahu dia (Chang) seorang peguam, dan dia direman atau ditahan bawah undang-undang tertentu. Itu saja saya tahu, dan dia didakwa peguam mewakili seorang lagi (Khairuddin).
“Itu saja. Lebih dari itu, saya tidak tahu apa yang pihak pendakwaan ada. Kamu mesti adil kepada mereka, ini belum terdedah lagi. Kita mesti lihat pada perbicaraan.
“Jika perbicaraan tiada bukti, maka ia pendakwaan yang buruk. Jika mereka ada sesuatu untuk buktikan, ya. Seorang peguam tidak terkecuali daripada undang-undang,” kata Gani.
Beliau ditanya sama ada Chang patut ditahan bawah Sosma dan didakwa mensabotaj institusi kewangan dan perbankan Malaysia dengan membuat laporan polis berkaitan isu 1MDB di pelbagai negara luar.
Gani sebelum ini berkhidmat selama 13 sebagai peguam negara dan mempunyai peranan merangka Sosma.
Penampilan semalam adalah yang pertama baginya selepas digugurkan daripada jawatan itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan