KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menegaskan
beliau hanya menggunapakai pendirian Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng
bersabit gesaan ahli parti yang mahu wakil rakyat PAS dipecat daripada
pentadbirannya.
Malah Azmin menyifatkan ugutan itu sebagai tidak adil kerana kenyataan itu datang daripada ahli bawahan parti Cina berkenaan.
"Itu pandangan DAP Selangor atau seorang delegasi? Saya mengambil
pendirian yang dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk
meneruskan khidmat kepada rakyat seperti yang dijanjikan sebelum pilihan
raya umum.
"Itu keputusan DAP. Anda tak boleh ambil satu pandangan daripada
seorang deligasi dan 'go against me' (melawan saya)… saya tak fikir ia
adil,” katanya di Lobi Parlimen malam tadi.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Pengerusi DAP Kajang Baru, Chiong
Yoke Kong yang menggesa supaya pimpinan tertinggi DAP memberi tempoh
kepada Azmin untuk memecat wakil rakyat PAS daripada pentadbirannya.
Chiong memberi kata dua bahawa DAP akan keluar dari pentadbiran kerajaan negeri itu jika permintaan mereka tidak dilayan.
Sementara itu mengulas mengenai pendirian terbaru PAS yang ingin
berkecuali dalam usul menolak Bajet 2016, Azmin bagaimanapun memberitahu
bahawa beliau masih belum dimaklumkan mengenainya.
"Saya tak tahu, itu keputusan baru,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan