"Contohnya pegawai pentadbiran yang sedang menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menyebabkan kerja siasatan terhenti.
Selasa, 20 Oktober 2015
Najib tak hormat prinsip pemisahan kuasa, kata Dr Mahathir
THE MALAYSIAN INSIDER
Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menghormati prinsip pemisahan
kuasa di antara badan legislatif, eksekutif dan kehakiman, kata Tun Dr
Mahathir Mohamad hari ini. "Pada masa ini, perdana menteri sebagai ketua penggubal undang-undang
yang dipilih secara jelas tidak menghormati prinsip-prinsip ini," kata
bekas perdana menteri itu dalam blognya www.chedet.cc hari ini.
Dr Mahathir merujuk kepada campur tangan Najib dalam siasatan syarikat
sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membawa kepada
pembubaran pasukan petugas khas yang bertanggungjawab ke atas siasatan
syarikat tersebut.
"Contohnya pegawai pentadbiran yang sedang menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menyebabkan kerja siasatan terhenti. Penggantian
mereka jelas dengan kelulusan perdana menteri. "Pegawai-pegawai SPRM juga menghadapi situasi sama dan sekali lagi
menyebabkan siasatan terhalang," katanya merujuk kepada Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Contohnya pegawai pentadbiran yang sedang menyiasat 1MDB dan RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri, menyebabkan kerja siasatan terhenti.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan