SHAH ALAM - Meneliti isu berkaitan rokok elektronik, Menteri Kemajuan
Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau
akan mencadangkan supaya pengharamannya diteliti.
Menulis di laman sosial Facebook miliknya, Ismail Sabri berkata,
pandangan itu nanti akan dilontarkan beliau apabila isu tersebut dibawa
ke Kabinet oleh menteri yang bertanggungjawab.
"Insya-ALLAH saya akan beri pandangan saya supaya cadangan tersebut
dikaji dengan teliti supaya vape tidak diharamkan kerana laporan dari
Britain mendapati vape tidak diharamkan malah penghisap rokok digalakkan
bertukar kepada vape," ujarnya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Kerajaan pertimbang haram penggunaan vapor]
Semalam, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata,
kerajaan akan mempertimbang untuk mengharamkan penggunaan vapor atau
lebih dikenali dengan vape dalam masa terdekat bagi mengelak risiko
lebih buruk terhadap kesihatan penggunanya.
Katanya kementerian sedang meneliti aspek undang-undang penguatkuasaan
untuk diguna pakai bagi menambah baik akta sedia ada bagi membolehkan
tindakan pengharaman itu dilaksanakan.
Menulis lanjut di Facebooknya, Ismail Sabri turut memberitahu tentang
kandungan nikotin di dalam vape hanya 3 peratus berbanding rokok
berjenama yang mengandungi 13 peratus.
"Jika rokok lebih merbahaya dari vape kenapa tidak haramkan rokok?
"Insya-ALLAH saya akan dengar penjelasan Kementerian Kesihatan dan saya akan beri pandangan saya," ujar beliau lagi.
Ismail Sabri turutmenyertakan ssatu salinan paparan laporan dari
Telegraph.UK yang mengatakan aktiviti vape mampu menyelamatkan 75,000
nyawa perokok setiap tahun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan