Jumaat, 30 Oktober 2015

Najib potong peruntukan IPTA, biasiswa RM2.2 bilion- Rafizi

Oleh: Fiza Halim


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memotong peruntukan sebanyak RM2.2 bilion bagi Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) termasuk peruntukan untuk biasiswa dalam Bajet 2016.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, peruntukan kepada IPTA dipotong sebanyak RM1.4 bilion dengan Universiti Malaya mengalami potongan terbesar iaitu 27 peratus.

RafiziManakala kerajaan memotong RM812 juta dalam Bajet 2016 bagi peruntukan untuk biasiswa, dermasiswa dan bantuan pelajaran berbanding tahun sebelumnya.

“Ini bermakna, potongan kepada pengajian tinggi iaitu peruntukan kepada IPTA dan biasiswa/dermasiswa serta bantuan pelajaran sebenarnya mencecah RM2.2 bilion dalam Bajet 2016,”

“Ini adalah potongan mendadak yang akan membawa kesan kepada ratusan ribu keluarga di Malaysia,” katanya dalam sidang media di parlimen hari ini.

Malangnya, menurut Rafizi, perbelanjaan mengurus seperti tuntutan insuran dan pampasan serta faedah, dividen dan bayaran hutang negara meningkat sebanyak RM5.5 bilion.

“Kedua-dua kenaikan ini sebenarnya dalam kawalan kerajaan dan ia tidak akan meningkat sebanyak RM5.5 bilion sekiranya ia diuruskan dengan baik oleh Najib,” katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Tambah Rafizi yang juga Naib Presiden KEADILAN, sektor pendidikan dan bantuan biasiswa telah dijamin kerajaan dalam perlembagaan untuk membantu kaum Melayu dan bumiputra, namun ia dikorbankan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sendiri.

“Sektor ini dimusnahkan oleh kerajan BN sendiri, ia dikorbankan bagi menampung hutang dan pampasan,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan dimana perjuangkan ahli Umno yang sebelum ini menyatakan tentang perjuangan bagi orang melayu.

“Mana orang umno dalam pertahankan perkara ini, bagaimana mereka boleh diam soal isu anak-anak melayu, kata nak naikkan taraf pendidikan bagi orang melayu, mana perjuangkan yang dikaung-laungkan selama ini.

“Inilah pengkhianatan PM Najib dan Umno terhdap mereka,”katanya.

Tiada ulasan: