Rabu, 28 Oktober 2015

Nur Amalina Che Bakri. Double Degree, Master di Universiti Cambrige dan Terkini PHD Kanser Payudara di Kolej Imperial

BERITA SEMASA


Nur Amalina Che Bakri. Double Degree, Sarjana di Universiti Cambrige dan Terkini PHD Kanser Payudara di Kolej Imperial

Nur Amalina


KLIK SINI : Nur Amalina Che Bakri, Remaja Cemerlang 17A1 Kini Dah Berubah? Gambar Amalina Mula Tersebar Luas!! (564 komen)

Tahniah Nur Amalina Che Bakri. Pencapaian terbaru dan terkini Nur Amalina Che Bakri terus menutup cakap-cakap dan kritikan yang dilemparkan terhadapnya 3 tahun lalu iaitu sekitar awal tahun 2012 yang lalu.
Berdasarkan maklumat yang Berita Semasa terima, sepanjang berkelana di luar negara, di negara orang, Dr. Amalina lebih fokus kepada “hak asasi manusia, kerja sosial dengan masyarakat UK dan di luar), dan buat internship di hospital terkemuka (Harvard, Imperial).

 

Keputusan dan Pencapaian Terkini Nur Amalina Che Bakri 2015?

  1. Keputusan SPM 2004 dengan 17A
  2. Pelajar Tajaan Bank Negara Malaysia BNM
  3. Ijazah Universiti Edinburg Scotland (Ijazah Sains Biomedik dalam Farmakologi dan Ijazah perubatan). Double degree.
  4. Sarjana di Universiti Cambridge (Kepujian Kelas Pertama) bagi kursus translasi perubatan dan terapeutik
  5. Sekarang sedang menjalani latihan sebagai doktor pelatih
  6. Bakal sambung belajar ke peringkat PHD atau Doktor Falsafah dalam bidang kanser payudara dan onkoplastik di Kolej Imperial, London
  7. Sedang berusaha ke arah menjadi perunding dan pakar bedah kanser payudara tidak lagi.
  8. Bakal membuat pembentangan kertas Thesis di Persidangan Kanser Antarabangsa di Houston Texas, USA
  9. Nur Amalina Che Bakri juga sudah bentangkan 6 kertas kajian beliau di peringkat dunia untuk kajian perubatan dan ada antara kajian Amalina Che Bakri adalah yang terbaik
  10. Jikalau anda mahu lihat contoh resume Aamalina Bakri, boleh semak di profil Linkedin miliknya di sini, uk.linkedin.com/pub/amalina-bakri
  11. Apa yang boleh Berita Semasa dengan satu kata, Impressive.
Jikalau Universiti Berita Semasa tidak ambil pusing tetapi master dari Universiti Cambridge. Salute her.

Semoga kehadiran anda pulang ke Malaysia bakal mampu menyelamat lebih ramai lagi mangsa kanser payudara berdasarkan pengalaman dan kepakaran anda pada ketika berkelana di luar negara sana. Insyaallah.

Dan semakan Berita Semasa menunjukkan, Amalina Che Bakri juga ada menyumbang hasil tulisan dalam buku bertajuk ABC of Medically Unexplained Symptoms dan tulisan Amalina Bakri boleh anda baca dan amati pada bab 36 yang memfokuskan terhadap Pelvic and Reproductive System Symptoms pada Bab 10 di muka surat 36.

Sambung PHD. Boleh pula menulis pula lagi. Tahniah adik Amalina.

Amalina jikalau balik Malaysia terus dapat jadi pensyarah atau pun buat klinikal. Paling kurang nanti boleh bermula dengan gred UD54 kelak.

P/S : Ada orang dapat gelaran doktor turun langit mana entah, tiba-tiba mahu digelarkan pakar dan jadi pakar motivasi untuk membuat rakyat Malaysia takjub. Ermmm….

P/S : Kita sebagai seorang rakyat Malaysia haruskan raikan bersama kejayaan sesama kita dalam apa bentuk bidang dan lapangan sekalipun. Doakan kesejateraan pelajar-pelajar kita baik dalam dan luar negara.

PP/S : Kurangkan suruh orang suruh tutup sana-sini tetapi kita terlupa untuk tutup mulut kita.

PPP/S ; Malaysia needs you baik Amanalina Che Bakri mahupun Siti Fatimah ataupun yang lain-lain lagi di luar sana.

Di bawah ini Berita Semasa suka ingin kongsikan surat Dr Amalina dan rakan sekerjanya Dr Adler kepada akhbar berpengaruh di UK di atas ketidakadilan kerjaan UK terhadap kontrak kerja doktor junior. Isu kontrak doktor junior menjadi isu hangat di UK sekarang ini





Tiada ulasan: