AZIZI SUNIP
Timbalan Presiden Umno,
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata selama ini pemimpin dalam kerajaan
hanya akan diceritakan dengan isu yang elok sahaja tetapi terlepas
pandang keperluan sebenar mereka. - Foto TRP/Azrol Ali
KUALA LUMPUR, Kerajaan perlu mengambil pandangan
pelbagai pihak sama ada dari dalam dan luar kerajaan untuk mengetahui
situasi sebenar dan keperluan peniaga serta kehendak rakyat.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin
Yassin berkata selama ini pemimpin dalam kerajaan hanya akan
diceritakan dengan isu yang elok sahaja tetapi terlepas pandang
keperluan sebenar mereka.
“Kita perlu tahu perkara yang lebih tepat untuk mengukur dan mengetahui keadaan sebenar untuk membuat keputusan yang lebih baik.
“Hal ini penting bagi memastikan urusan
perniagaan dan ekonomi dapat lebih berkembang dengan lebih maju di masa
akan datang,” katanya ketika memberi ucapan dalam majlis minum petang
Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di sini hari ini.
Jelas Muhyiddin lagi, dalam situasi
ekonomi pada hari ini kerajaan perlu memberi penerangan mengenai keadaan
semasa kerana banyak menimbulkan tanda tanya dan perlu diberi
penjelasan terperinci.
“Situasi yang kita hadapi pada hari ini agak suram, kerana pelbagai perkembangan berlaku di peringkat antarabangsa.
“Situasi dunia tidak begitu menentu,
keadaan pada mutakhir ini, di sesetengah negara menyebabkan harga minyak
di tarif terendah dan menyebabkan Malaysia tidak terkecuali,” katanya.
Muhyiddin memberi ucapan di hadapan 200
orang ahli DPMM yang turut dihadiri oleh Presiden DPMM, Datuk Syed Ali
Alattas dan pimpinan perwakilan dari negeri-negeri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan