Sabtu, 31 Oktober 2015

Kadar tambang baharu LRT diumum Isnin

LRT


PUCHONG – Penyelarasan kadar tambang baharu bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) akan ditentukan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan dijangka diumum Isnin nanti.

Ketika ditanya pemberita, Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad,Tan Sri Ismail Adam berkata, perkara itu belum dapat diumumkan pihaknya selagi kerajaan belum memutuskan kadar tambang bersesuaian.

Beliau berkata, Prasarana ketika ini masih menawarkan perjalanan percuma selama sebulan kepada penumpang di empat stesen baharu Laluan Seri Petaling yang mulai beroperasi hari ini.

Laluan percuma membabitkan stesen Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

“Kita anggarkan kira-kira 30,000 jumlah penumpang akan bertambah setiap hari selepas pembukaan empat stesen baharu ini,” katanya  empat stesen menggunakan perkhidmatan tren enam gerabak yang dinamakan AMY.

Beliau sebelum itu dalam ucapannya berterima kasih kepada semua pihak selepas mengumumkan projek pembinaan stesen siap mengikut jadual.

Selepas keseluruhan projek LRT Laluan Ampang siap sepenuhnya, beliau berharap dapat menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya apabila orang ramai mula beralih menggunakan pengangkutan awam.


Tiada ulasan: