Selasa, 27 Oktober 2015

Junjung titah Majlis Raja-raja, DAP Johor perluas edaran risalah 1MDB

DSCN8538

Roketkini.com


KUALA LUMPUR : DAP Johor bersama-sama rakan parti dalam Pakatan Harapan memperluas edaran risalah penerangan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), selaras kehendak Majlis Raja-raja Melayu supaya hal itu diselesaikan segera.

Menjunjung tinggi titah Majlis Raja-raja, Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching, berkata mereka konsisten untuk memberi penerangan serta mengajak orang ramai supaya peka terhadap masalah itu.

“Jarang Majlis Raja-raja campur tangan atau membuat kenyataan berkaitan pentadbiran negara dan ia jelas menunjukkan skandal 1MDB bukan perkara kecil dan ia perlu diperjelas kepada rakyat,” katanya pada kenyataan media hari ini.

Pada 17 Oktober lalu, DAP Johor memulakan edaran risalah berkenaan di sekitar Mega Ria, Pasir Gudang, Pasar Malam Pesta, Batu Pahat, pusat beli belah UO/ONE Segamat dan beberapa lokasi lain.

Pada 6 Oktober lalu, Raja-Raja Melayu mahu kerajaan menyelesaikan secepat mungkin siasatan berkaitan dengan 1MDB dan mengambil tindakan tegas sewajarnya terhadap pihak terlibat.
nieching03
Nie Ching berkata, risalah itu diedar sekitar Kulai dan Pontian antaranya di Felda Taib Andak, pasar tani Temenggong dan pasar pagi Pekan Nenas, Pontian pada 25 Oktober lalu.

Turut membantu, Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah), Ramli Abdul Hamid, Adun Pekan Nenas, Yeo Tung Siong dan Penyelaras DAP Tanjung Piai, Mahdzir Ibrahim.

Lokasi kedua edaran dibuat pada jam 6 petang 27 Oktober di Pasar Malam Taman Kota, Yong Peng dengan diketuai Adun Yong Peng, Chew Peck Choo.

Pada 30 Oktober pula, edaran dilakukan Timbalan Pengerusi DAP Johor, S Ramakrishnan dan Adun Bekok, Lim Eng Guan sekitar jam 6 petang di Pasar Malam Dataran Labis.

Keesokannya, risalah itu diagih Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Wah jam 5 petang di Pasar Malam Bukit Naning, diikuti Pasar Malam Taman Aman yang diketuai Adun Senai, Wong Shu Qi pada jam 6 petang 4 November ini.

“Kami akan terus edar risalah di beberapa lokasi lain. Risalah itu turut menyentuh titah Majlis Raja-raja Melayu mengenai 1MDB dan soal jawab berkaitan fakta skandal itu,” katanya.


Tiada ulasan: