BERNAMA
Mayat adik-beradik itu dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat manakala bapa mereka menerima rawatan di hospital sama.
MELAKA, Mayat dua kanak-kanak perempuan ditemui berpelukan di bawah katil dalam kebakaran sebuah rumah di Tanjung Minyak di sini petang ini.
Nur Maisarah Balqis Rosghazali, 7, dan adiknya Nur Qalisha Balqis, 6, ditemui rentung pada pukul 5.55 petang oleh anggota bomba.
Timbalan Penguasa Bomba (Operasi) Melaka,
Kamarulzaman Mohd Din berkata bapa mangsa Rosghazali Shapie berusia
40-an pula diselamatkan orang awam selepas pengsan akibat terhidu asap
tebal ketika cuba menyelamatkan kedua-dua anaknya itu.
“Bomba menerima panggilan pada pukul 5.38
petang dan tiba di lokasi lapan minit kemudian,” katanya kepada
pemberita ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, bomba dapat mengawal api
daripada merebak pada pukul 6.20 petang dan siasatan awal mendapati api
dipercayai berpunca dari bilik tengah rumah berkenaan sebelum merebak
dan memusnahkan hampir 70 peratus kediaman itu.
Kamarulzaman
berkata, ketika kejadian bapa mangsa berada di luar rumah manakala ibu
mereka bertugas sebagai jururawat di Arab Saudi.
Beliau berkata, mayat adik-beradik itu
dibawa ke Hospital Melaka untuk dibedah siasat manakala bapa mereka
menerima rawatan di hospital sama.
Katanya, kebakaran berkenaan turut menyebabkan kereta milik keluarga mangsa mengalami kerosakan.
“Punca sebenar kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan