RAJINA DHILLION & A. AZIM IDRIS
Tony Pua mengkritik pujian yang diberikan Najib terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Foto Fail TRP
KUALA LUMPUR, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyifatkan Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Parlimen hari ini sebagai kurang menyengat.
Pua mengkritik pujian yang diberikan
Najib terhadap pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang
mana beliau mengatakan cukai itu dapat mengimbangi pendapatan negara
selain daripada sektor minyak dan gas sekaligus bermakna bahawa rakyat
Malaysia akan terus dibebani apabila unjuran sebanyak RM39 bilion dibuat
dari kutipan GST.
“Sebagai perbandingan, cukai jualan dan
perkhidmatan (SST) yang dikumpul pada tahun 2014 berjumlah hanya RM17
bilion. Ini bermakna rakyat Malaysia akan terbeban dengan peningkatan
cukai sebanyak RM22 bilion,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambah Pua, Menteri Kewangan itu juga
turut ‘menghias’ bajet berkenaan dengan pengumuman projek-projek mega
termasuk MRT2 dan Lebuhraya Pan Borneo masing-masing dengan peruntukan
sebanyak RM28 bilion dan RM16.1 bilion.
Menurutnya
lagi, selain pengumuman projek-projek ‘kitar semula’ dari bajet yang
lalu, bajet tersebut dibuat berdasarkan bajet tambahan yang mana ia
tidak dinyatakan dalam bajet berkenaan.
“Langkah-langkah dalam bajet tambahan itu
merupakan satu penghinaan ke atas pengumuman Perdana Menteri bahawa
defisit bajet akan dikurangkan lagi daripada 3.2% pada tahun 2015 kepada
3.1% pada 2016.
“Ini kerana defisit yang dijangka itu
tidak mengambil kira perbelanjaan dalam bajet tambahan dibiayai oleh
pinjaman yang dijamin kerajaan akhirnya akan ditanggung oleh Kerajaan
Persekutuan,” jelas beliau.
Pua turut mempersoal kegagalan Najib
untuk menjelaskan isu-isu yang perlu diambil terhadap syarikat 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
“Oleh itu kegagalan untuk menangani
dakwaan yang melanda 1MDB dan kerajaan menyediakan pelan yang boleh
dipercayai terhadap 1MDB, Bajet 2016 akan bukan sahaja gagal untuk
meyakinkan pelabur tempatan dan antarabangsa malah ia akan dibayangi
oleh skandal berbilion ringgit dalam pentadbiran Najib, ” katanya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Bayan Baru
dan Pengarah Strategi PKR, Sim Tze Tzin berkata, kerajaan BN yang
diterajui Umno tidak bersedia untuk menyediakan bajet yang cukup
‘kritikal’ tatkala krisis ekonomi domestik dan global yang mungkin akan
berlaku serta mempersoal ketiadaan langkah-langkah untuk membendung
kejatuhan Ringgit dan aliran keluar pelaburan asing.
“GST dijangka membawa masuk RM39 bilion berbanding anggaran RM26 bilion setahun, yang mana ia lebih daripada jangkaan.
“Oleh kerana kerajaan mengutip begitu
banyak wang, mengapa tidak kerajaan mengurangkan kadar GST bagi
membolehkan penderitaan rakyat dapat dikurangkan?” soal beliau dalam
satu kenyataan hari ini.
Jelas Tze Zin lagi, bajet bagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada tahun depan adalah RM43 juta
kurang daripada yang diperuntukkan untuk tahun ini jelas menunjukkan
bahawa Najib tidak serius dalam usaha untuk memerangi rasuah.
Tambahnya, Pengajian Tinggi turut
mengalami potongan sebanyak 15% atau RM2.4 bilion yang menunjukkan
bahawa kenaikan yuran universiti tidak dapat dielakkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan