BERNAMA
Pelbagai langkah dan
strategi diatur oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
Kelantan dalam usaha menghadapi kemungkinan banjir di negeri berkenaan,
tahun ini. - Foto Bernama
KUALA KRAI, Pelbagai langkah dan strategi diatur oleh
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan dalam usaha
menghadapi kemungkinan banjir di negeri berkenaan, tahun ini.
Pengarah JBPM Kelantan, Azmi Osman
berkata persiapan yang dibuat adalah berdasarkan pengalaman menghadapi
banjir besar pada tahun lalu.
“Antara strategi diambil adalah kita akan
mengerakkan beberapa bot lebih awal ke kawasan berisiko tinggi seperti
Gua Musang, Kuala Krai dan Pasir Mas.
“Kita juga menambah beberapa kenderaan di
laluan darat seperti tiga buah lori bagi membantu melancarkan operasi
menyelamat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kursus Pengurusan
Bencana Peringkat Komuniti di sini, hari ini.
Kursus bermula hari ini dan berakhir Selasa, melibatkan lebih 100 ketua komuniti di seluruh Jajahan Kuala Krai.
Dalam
pada itu, Azmi berkata ketua komuniti juga memainkan peranan penting
dalam membantu agensi keselamatan menghadapi bencana banjir.
“Mereka perlu tahu keadaan dan situasi
yang dihadapi dan secara tidak langsung ia membantu setiap agensi
terutama bomba untuk memberi bantuan dengan lancar dan cepat.
“Selain itu, masyarakat juga harus
memberi kerjasama kepada agensi terlibat supaya segala kesulitan yang
dihadapi akan dapat diatasi dengan sebaik mungkin,” katanya.
Kursus berkenaan turut mendapat kerjasama
Pejabat Tanah dan Jajahan Kuala Krai, Majlis Keselamatan Negara, Polis
Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Jabatan Pengairan dan Saliran serta Jabatan Meteorologi Malaysia
Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/04/kemungkinan-banjir-di-kelantan-bomba-buat-persiapan-awal/#ixzz3nbIcPDvg
Tiada ulasan:
Catat Ulasan