NORAIZURA AHMAD
Siasatan awal mendapati
mayat mangsa dipercayai mati melebihi dua hari lalu kerana keadaan mayat
yang sudah mula reput. - Foto ihsan PDRM
KUALA LUMPUR, Seorang pegawai penyiasat
syarikat insurans yang dilaporkan hilang Khamis lalu ditemui maut dalam
longkang di Kilometer 0.1 Lebuhraya Duke, pagi tadi.
Mayat lelaki yang dikenali sebagai Danish Millan Sarath, 30 ditemui peronda lebuh raya kira-kira jam 11 pagi.
Ketua Polis Daerah sentul,
Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, siasatan awal mendapati mayat
mangsa dipercayai mati melebihi dua hari lalu kerana keadaan mayat yang
sudah mula reput.
Menurutnya, polis menemui
sebuah jam tangan jenama Esprit, kad akses dan kasut sebelah termasuk
sekeping kad pengenalan kiri dipercayai milik mangsa.
“Mangsa yang beralamat di Jalan Genting Klang dilaporkan hilang Khamis lalu dan ianya dilaporkan.di Sri Hartamas.
“Siasatan mendapati mangsa sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak berusia empat dan lima tahun,” katanya.
Menurutnya, mangsa bekerja di sebuah firma edjuster di Hartamas.
Mayat mangsa di hantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Munusamy berkata, setakat ini
polis mengklasifikasikan kejadian tersebut sebagai mati mengejut
sementara laporan bedah siasat dikeluarkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan