Sabtu, 24 Oktober 2015

Kad prabayar bebas GST bermula 1 Januari

 
Kerajaan juga mengecualikan enam barangan makanan daripada GST selepas mendapat maklum balas rakyat.


gst_abac


PETALING JAYA: Perkhidmatan kad telefon prabayar akan dikecualikan daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 Januari depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2016
berkata, keputusan itu kerana kerajaan menyedari bahawa ramai pengguna telefon bimbit terutamanya golongan belia bergantung kepada perkhidmatan telekomunikasi prabayar (kad prepaid).

“Para pengguna warga Malaysia akan mendapat kembali rebat bersama dengan amaun GST yang dibayar, yang akan dikreditkan terus ke dalam akaun perkhidmatan prabayar mereka.

“Langkah ini adalah mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016,” katanya.

Di bawah penambahbaikan layanan GST, kerajaan mengecualikan GST ke atas barangan makanan seperti
1. Susu bayi dan kanak-kanak berasaskan kacang soya dan susu organik
2. Dhal atau kacang parpu, berasaskan kekacang daripada kadang kuda, kadang hijau, kacang putih
3. Akar teratai atau lotus root dan sengkuang air atau water chestnut
4. Biji sawi
5. Gula merah
6. Mee kolok kering (Sarawak).
 
Perdana Menteri, pelepasan GST terhadap barangan itu selepas menerima maklum balas daripada pelbagai golongan masyarakat termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Tiada ulasan: