KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara bertambah baik pada jam 1
tengah hari ini dengan kebanyakan kawasan menunjukkan penurunan bacaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU), berbanding jam 9 pagi tadi.
Mengikut portal Jabatan Alam Sekitar (JAS), hanya lima kawasan masih
mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu Pelabuhan Klang (125); Shah Alam
(116); Banting (110); Pasir Gudang, Johor (108) dan Petaling Jaya
(105).
Dua kawasan kekal merekodkan bacaan tahap sihat iaitu ILP Miri (47) dan
Limbang (45). Sementara 45 kawasan lain pula mencatatkan IPU
sederhana.
IPU antara 0 hingga 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101
hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 301 ke
atas (berbahaya). Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my
untuk mengetahui bacaan IPU semasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan