Oleh Ermizi Muhamad
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh menyuarakan kebimbangan rakyat berhubung jenayah di negara ini, ekoran tumpuan kerajaan untuk menambah jumlah anggota Pegawai Cawangan Khas (SB) berbanding Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan, bahawa kerajaan komited untuk terus memerangi kadar jenayah.
Ahli Parlimen Pulai itu turut mendedahkan kononnya, indeks kadar jenayah kini semakin menurun hasil komitmen tersebut.
Bagaimanapun kata Fuziah, komitmen tersebut amat diragui ekoran kebimbangan sesetengah individu sekiranya menjadi mangsa perilaku jenayah.
Menurutnya lagi, penurunan kadar indeks jenayah bukan jaminan kes-kes jenayah akan terus menurun pada masa akan datang.
“Walaupun kadar indeks itu menurun, tetapi masih wujud kebimbangan dan rasa takut rakyat terhadap sebarang kejadian jenayah boleh berlaku ke atas mereka.
“Persoalan inilah yang perlu ditekankan kerajaan, bukannya menambah jumlah pegawai SB sahaja,” sindir Fuziah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan