Selasa, 27 Oktober 2015

Guru dajal rogol murid di asrama jagaanya

 
Kejadian itu terbongkar selepas nenek mangsa dimaklumkan oleh pihak Hospital Sibu bahawa terdapat kesan koyakan pada alat sulit mangsa.


rape


PETALING JAYA: Seorang murid perempuan tahun enam yang baru sahaja menamatkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dirogol oleh seorang guru yang juga warden di asrama sekolahnya.

Kejadian berlaku di Kanowit, Sarawak membabitkan guru berusia 39 tahun.

Ketua Polis Daerah Kanowit, DSP Ismail Mahmood yang mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya bertindak menahan lelaki itu selepas menerima aduan oleh nenek mangsa baru-baru ini.

“Suspek kini direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan polis. Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Nenek mangsa yang berusia 63 tahun dikatakan tidak berpuas hati selepas mendengar khabar angin mengatakan cucunya sudah pandai bermain cinta dengan seorang guru yang dipertanggungjawabkan menjaga asrama di sekolah berkenaan.

“Curiga dengan khabar angin itu, wanita warga emas berkenaan telah membawa cucunya untuk menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Sibu sebelum dimaklumkan terdapat kesan koyakan pada alat sulit mangsa,,” katanya, lapor Borneo Post Online pada Isnin.

Ismail berkata, pihaknya akan menjalankan siasatan terperinci dan tidak menafikan bahawa punca jenayah rogol berlaku disebabkan guru terbabit kegagalan mengawal nafsu.

Difahamkan, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah dimaklumkan mengenai kes berkenaan.

Tiada ulasan: