Selasa, 27 Oktober 2015

Kritikan Muhyiddin beri kesan kepada UMNO

 
Muhyiddin diminta membawa sebarang ketidakpuasan atau kritikan terhadap UMNO ke dalam parti dan bukannya didedahkan dalam forum terbuka.


muhyiddin-Tajuddin-Abdul-Rahman


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diingatkan supaya tidak membuat kritikan secara terbuka mengenai UMNO.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata kritikan itu memberi kesan kepada UMNO dan memudahkan pembangkang mengambil kesempatan.

“Ini bukan perkara betul yang harus dilakukan beliau (Muhyiddin)…Sudah tentu ia memberi kesan kepada ahli-ahli, rakyat apabila mendengar kenyataan beliau mengenai parti.

“Musuh-musuh di luar sana, mereka lihat apa berlaku,” katanya di Lobi Parlimen.

Tajuddin berkata beliau menghormati pandangan Muhyiddin namun, jelasnya krtikan itu haruslah dibawa terus ke dalam parti dan bukan melalui forum atau perjumpaan terbuka.

“Saya minta apa sahaja perbezaan pandangan, terus dibawa kepada parti,” ujarya.

Sabtu lalu, Muhyiddin mendedahkan bebarapa isu yang sedang melanda UMNO melalui sebuah forum, Bicara Minda: Berani Kerana Benar.

Pendedahan Muhyiddin itu mendapat perhatian partinya yang tidak bersetuju dengan kenyataan beliau itu.

Tiada ulasan: