MALAYSIAKINI
Keadaan banjir di semenanjung Malaysia semakin reda namun hujan lebat di
Sabah menyebabkan banjir kilat di beberapa bandar utama negeri itu.
Tawau dan Kota Belud dilaporkan terjejas dan terdapat jalan yang tidak dapat dilalui kerana ditenggelami air.
Gambar yang dimuatkan oleh Majlis Keselamatan Negara menunjukkan satu
jalan di Balung, Tawau, rosak teruk akibat air banjir manakala di Kota
Belud, seorang penduduk dilihat menggunakan sampan sebagai pengangkutan.
Para penyelamat juga dilihat menjalankan usaha menyelamatkan penduduk
daripada kawasan yang ditenggelami air sehingga paras pinggang.
Bernama melaporkan memetik pegawai daerah Kota Belut bahawa
jumlah mangsa banjir di kawasan itu terus meningkat kepada 406 orang
petang ini, berbanding 204 tengah hari tadi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan