Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin
SHAH ALAM - Konflik dalaman MIC antara presiden dan timbalan
presidennya lebih kritikal berbanding masalah Jawatankuasa Tertinggi
Pusat (CEC) DAP yang tidak diiktiraf Jabatan Pendaftaran Pertubuhan
(ROS).
Demikian kata penganalisis politik, Prof Madya Dr Shaharuddin Badaruddin sambil menyifatkan hubungan pimpinan tertinggi DAP lebih santun dan tidak bercakaran berbanding parti komponen BN itu.
"Pihak yang lebih kritikal itu sebenarnya ialah MIC (berbanding DAP) walaupun terdapat campur tangan ROS namun perpecahan dalaman itu nampak ketara.
"Bagi MIC ia satu perkara yang sangat berbeza kerana pertikaian itu sudah sampai kemuncak, tiada kompromi antara pasukan presiden dan pasukan timbalan presiden," katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Pada 5 Disember lepas, ROS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam tempoh 90 hari selepas mendapati wujud salah laku dalam pemilihan pada Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada 30 November lalu.
Dalam pada itu, Timbalan Dekan Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu juga berkata, dilema yang dihadapi DAP itu tidak melibatkan pertikaian dalam kalangan pemimpin tertinggi parti itu.
"Ia cuma berkisar kepada masalah teknikal antara DAP dan ROS, maknanya persoalan itu tidak sampai boleh memecahbelahkan DAP.
"Kalau MIC , bukan saja melibatkan ROS (pemilihan semula) tetapi melibatkan soal perpecahan dalaman parti itu," ujarnya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, jika Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak melakukan sesuatu dengan segera, kelak perpecahan MIC semakin parah dan merugikan BN sendiri.
"Walaupun orang India tiada kuasa penentu majoriti dalam Parlimen atau Dun tapi beberapa kawasan mereka sebenarnya memang memberi kesan contohnya Kapar, Kota Raja, Tapah dan Segamat.
"Kita lihat prestasi masyarakat India sudah berpecah terlalu banyak sejak pilihan raya 2008, isu Hindraf pada 2007, ia berterusan pada 2008 dan kemudian 2013 MIC masih belum pulih lagi," jelasnya.
Ketika ditanya konflik MIC berpunca daripada tindakan Presiden MIC, Datuk Seri G Panalivel yang enggan meletakkan jawatan selepas 'kontrak enam bulan' tamat, Shaharuddin berkata perkara itu sukar dibuktikan.
"Kenyataan itu dikeluarkan oleh Datuk M.Saravanan, tidak ada sesiapa yang mengesahkannya pun, ia bukan satu dokumentasi, ia berkemungkinan satu persefahaman antara kumpulan A dan kumpulan B.
"Ia banyak kali berlaku dalam parti politik, dalam Umno benda ini memang berlaku, persefahaman yang tidak bertulis.
"Kenyataan itu bahaya juga sebab Saravanan meletakkan kesalahan kepada Perdana Menteri atau Pengerusi BN, janji kepada ahli-ahli komponen untuk menyelesaikan masalah sementara," katanya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan