MALAYSIAKINI
MP DAP Ipoh Barat M Kulasegaran hari ini menggesa bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya "menasihatkan" NGO pendesak
Melayu PERKASA agar menghentikan "politik ekstremis".
Gesaan tu dibuat ekoran sokongan terbuka bekas presiden Umno itu kepada kumpulan tersebut minggu lalu.
Kulasegaran juga berkata dakwaan Mahathir bahawa PERKASA tidak mungkin
wujud jika tidak kerana peningkatan pandangan ekstremis di kalangan
bukan Melayu, adalah "tidak benar".
Dalam kenyataannya, Kulasegaran berkata kenyataan tokoh itu bahawa bukan Melayu telah menyerang hak orang Melayu dan bumiputera adalah tidak benar.
Sebaliknya, beliau mendakwa sikap ekstrem kumpulan itu yang menyerang kaum bukan Melayu.
"Terdapat banyak contoh yang boleh diambil bagi membuktikan sikap
ekstrem Perkasa dan ia serangan tidak berasas dan tidak wajar ke atas
orang bukan Melayu," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan