Pemuda MIC menegaskan mereka hanya menjaga keselamatan bangunan
ibu pejabat parti itu bagi tujuan keselamatan anggota parti itu dan
bukannya "menawan' atau "mengunci" bangunan itu seperti yang
diuar-uarkan di dalam media.
Ketua Pemuda MIC C.Sivarraajh berkata mereka tidak menghalang sesiapa termasuk orang awam yang datang untuk meminta bantuan, anggota-anggota MIC serta staf yang bekerja di bangunan itu malah operasi pentadbiran di bangunan itu berjalan seperti biasa.
"Kami (pemuda) tidak menghalang sesiapa untuk memasuki bangunan ini. Kami hanya berada bagi tujuan keselamatan ahli-ahli MIC. Kami juga tidak mengunci pintu utama bangunan ini.
Sejak kami mengambil alih menjaga keselamatan bangunan ini, kami juga menyediakan makanan kepada semua staf yang bekerja di bangunan ini, katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat MIC di ibunegara semalam.
Pemuda MIC tampil untuk mengambil alih menjaga keselamatan bangunan MIC itu ekoran insiden beberapa individu yang tidak dikenali menghalang Naib Presiden MIC Datuk M. Saravanan dan Ketua Wanita Mohana Muniandy memasuki ibu pejabat parti itu pada Rabu lepas.
Sivarraajh turut berkata sepucuk surat telah dihantar kepada Presiden Datuk Seri G. Palanivel berhubung keputusan Pemuda MIC mengambil alih keselamatan
bangunan parti yang berusia 69 tahun itu.
Beliau juga berkata, pemuda bersedia untuk menyerahkan hak menjaga keselamatan bangunan itu kepada Palanivel jika presiden parti itu tampil dan menjamin keselamatan anggota parti sewaktu berada dalam kawasan bangunan berkenaan.
Sivarraajh turut bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam menjayakan acara tahunan sempena Thaipusam yang diadakan di bangunan itu saban tahun walaupun parti itu berdepan dengan kemelut dalaman.
Katanya, beliau juga menghormati permintaan pemimpin nombor satu negara Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Barisan Nasional untuk mengadakan moratorium buat sementara waktu untuk menangani kemelut parti yang kian meruncing.
Kesemua insiden itu tercetus ekoran krisis MIC yang bermula pada 5 Disember, ROS mengisytiharkan sebagai terbatal dan tidak sah pemilihan bagi tiga jawatan naib presiden dan 23 jawatan anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) yang diadakan semasa Perhimpunan Agung MIC pada November 2013, di Melaka.
ROS menasihati parti itu supaya mengadakan pemilihan semula dalam tempoh 90 hari dan tidak mengadakan perhimpunan agung tahunan sehingga isu itu selesai.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan