shahbudindotcom
Mereka yang berandaian demikian yakin bahawa Anwar akan didapati bersalah pada 10 Februari nanti dan satu-satunya cara untuk mengelak daripada dipenjarakan ialah dengan melarikan diri ke luar negara.
Kata
mereka yang arif lagi bijaksana itu, dalam usianya sekarang, Anwar
tidak sanggup menghuni penjara sekali lagi dan melarikan diri ke luar
negara adalah pilihan terbaik baginya.
Lagi pula, tambah mereka, banyak negara sedia menerima dan memberi perlindungan politik kepadanya.
Di
luar negara nanti, kata mereka, Anwar secara perlahan-lahan akan
memohon perlindungan politik serta terus melakukan serangan politiknya
daripada jauh.
Sehubungan
itu, sebagai langkah awal mengelakkan ianya berlaku, adalah dijangka
beberapa NGO pro UMNO akan tampil bersuara dalam beberapa hari ini untuk
mendesak polis dan Imigresen melakukan pemantauan yang lebih ketat
terhadap Anwar.
Desakan
yang sama juga dijangka akan dilakukan keatas Menteri Dalam Negeri,
Ahmad Zahid Hamidi agar melakukan sesuatu yang lebih proaktif bagi
memastikan Anwar tidak meninggalkan negara sebelum 10 Februari dan seterusnya berada di mahkamah pada tarikh tersebut.
Soalnya, benarkah Anwar akan melarikan diri sebagaimana Sirul?
Mengikuti
perjalanan politik Anwar sejak zaman mahasiswa sehinggalah sekarang,
beliau bukanlah seorang yang penakut. Selain pernah dipenjara kerana
ISA ketika berusia awal dua puluhan, Anwar juga dipenjarakan sekali
lagi sebaik dipecat daripada kerajaan pada 1998.
Beliau
juga pernah diaibkan dengan pelbagai dakwaan yang kemudian tidak dapat
disahkan, menjalani proses mahkamah yang panjang lagi memalukan, tetapi
semangat "lawan tetap lawan" kekal menjadi pegangannya sehingga ke hari
ini.
Jika
ingin melarikan diri dan meninggalkan perjuangannya, Anwar sebenarnya
lebih berpeluang melakukannya sebelum ini lagi tetapi tidak tercuit
sedikit pun untuk melakukannya kerana ia bukanlah darah sejatinya
sebagai pemimpin dan ahli politik.
Anwar
bukan saja mempamerkan jiwa berani dan cekalnya selama ini, bahkan
dalam ucapannya juga kerapkali mengingatkan bahawa menjadi pemimpin
mestilah disertai dengan keberanian.
Lebih
dari itu, dalam kes liwat ini pula, selain dibarisi peguam-peguam yang
handal, Anwar juga tidak pernah luntur dengan keyakinah bahawa beliau
akan dibebaskan pada 10 Februari nanti.
Dengan
keyakinan tersebut, tentulah tidak mungkin beliau melarikan diri
semata-mata untuk mengelak daripada hukuman penjara terhadapnya.
Kebimbangan bahawa Anwar akan melarikan diri sebenarnya hanyalah igauan
semata-mata jika dilihat berdasarkan sejarah panjang perjuangannya
selama ini.
Anwar
akan terus melawan, sama ada dibebas atau dipenjarakan. Jika
dibebaskan, beliau akan melawan sebagai pemimpin yang bebas dan merdeka
dan jika dipenjarakan pula, beliau tetap ada cara meneruskan
perjuangannya dari celah-celah tiang besi yang memenjarakannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan