MALAYSIAKINI
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikritik kerana “meletakkan
politik melebihi hak asasi manusia” kerana mempertahankan Akta Hasutan
1948 yang dijanji dimansuhkan sebelum ini.
Timbalan Pengarah Asia Human Rights Watch Phil Robertson mengulas
berhubung pengeluaran laporan 656 halaman berhubung amalan hak asasi
manusia sedunia di 90 negara.
“Pembatakan
ikrar memalukan perdana menteri Najib untuk menamatkan akta hasutan
menunjukkan kesediaannya meletakkan politik melebihi hak asasi,”
katanya.
Dalam kenyataannya hari ini, Robertson (kiri) berkata tahap hak
asasi manusia berada pada tahap rendah kerana kerajaan jelas percaya
terhadap kekangan bersuara, mengganggu pembangkang dan mensasarkan
tindakan undang-undang terhadap tokoh terkenal.
Laporan itu antaranya melaporkan berhubung penahanan banyak pihak bawah
akta hasutan selepas membuat kenyataan kritikal terhadap kerajaan,
pemimpin politik, parti pemerintah dan raja-raja.
Sekurang-kurangnya 20 orang didakwa, termasuk empat anggota parlimen kanan.
Najib pada 2012 mengumumkan bahawa akta itu akan dimansuh.
Namun dalam perhimpunan agung Umno baru-baru ini, beliau mengumumkan hasrat itu dibatalkan.
Laporan itu juga membangkitkan bagaimana Malaysiakini sering menjadi sasaran pemerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan