Rabu, 28 Januari 2015

Kes Anwar: Anak muda diseru turun Putrajaya, 10 Februari

Azuan Ab Rahman


KUALA LUMPUR - Keputusan perbicaraan kes Fitnah 2 melibatkan Anwar Ibrahim merupakan detik penting bagi sistem kehakiman dan halatuju politik di negara ini.

Justeru itu, Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa anggotanya dan seluruh anak muda untuk  hadir  di Mahkamah Persekutuan Putrajaya, 10 Februari ini.

mata lebam10 Febuari ini tarikh penting, ia adalah hari yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia.

“Anak muda mengidamkan sistem keadilan yang adil dan telus di negara ini terus dipertahankan,”

“Kehadiran anak muda adalah sebagai simbol kita tidak rela sistem kehakiman dipengaruhi konspirasi politik pihak tertentu,” tegas Naib Ketua AMK, Fahmi Fadzil.

Sementara itu, Pengarah Strategik AMK, Akmal Nasir ketika dihubungi berkata, meskipun yakin Anwar akan dibebaskan, namun beliau meminta anggota KEADILAN tidak mengambil mudah perkara itu.

“Berdasarkan bukti dan hujah yang dike
mukakan oleh peguam pada perbicaraan lalu, kita sangat yakin bahawa ketua Umum akan dibebaskan.

“Tetapi kita tidak harus ambil mudah, kita tahu tuduhan tersebut bermotifkan politik dan perlu terima hakikat apa sahaja akan berlaku.

“10 Febuari adalah hari terakhir anak muda harus hadir bagi menyatakan sokongan kepada Anwar,” katanya.

Anwar kini berdepan risiko dipenjarakan sekali lagi selepas dibebaskan oleh mahkamah pada 2004 atas tuduhan yang hampir sama.

Kes Fitnah II ini dilihat satu lagi konspirasi politik dalam usaha menghancurkan karier politiknya, selepas kejayaan Pakatan Rakyat mengenepikan majoriti dua pertiga kerusi Parlimen pada 2008.

Tiada ulasan: