Selasa, 3 Jun 2014

Ridhuan: Orang Islam mungkin termakan babi

MALAYSIAKINI



 


Pensyarah kontroversi Ridhuan Tee Abdullah memberi amaran, orang Islam mungkin akan termakan babi daripada produk atau dari premis makanan diusahakan golongan Cina, yang ditakrifkannya sebagai "ultra kiasu".

Beliau memberi amaran tersebut melalui tulisannya dalam akhbar Sinar Harian hari ini yang bagi mengulas kontroversi mengenai DNA babi yang didakwa ditemui dalam satu produk coklat popular.

Katanya, isu berkenaan menunjukkan golongan "ultra kiasu" tidak boleh dipercayai dan beliau juga bimbang pihak tersebut akan bertindak lebih berani, sekiranya tiada tindakan dikenakan seperti dalam isu coklat tersebut.

"Kita mesti bertegas, tanpa kompromi lagi. Tidak perlu bakar kilang tersebut sepertimana cadangan ekstrem sesetengah pihak.

"Talik balik lesen. Tutup kilang coklat ini. Malaysia tidak akan bankrap jika mengambil tindakan ini," katanya.

Tulisannya disiarkan akhbar tersebut hari ini, tidak lama sebelum Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengumumkan, tiada DNA babi ditemui dalam produk Cadbury Confectionery.

Istilah "ultra kiasu" itu sering digunakannya untuk merujuk kepada golongan Cina, khususnya yang cenderung kepada pembangkang.

"Perkara ini amat penting untuk dijadikan pengajaran kepada syarikat lain.

"Jika tidak, pasti ultra kiasu akan menjadi lebih berani. Saya bimbang hari-hari nanti, kita makan babi, walaupun bukan dalam bentuk babi sebenar.

"Jangan terlalu teruja dengan makanan yang dikeluarkan oleh ultra kiasu. Carilah makanan umat Islam dahulu dan terjamin halalnya.

"Saya amat hairan (dengan) orang Islam, begitu ghairah pergi ke kedai ultra kiasu walaupun tidak ada sijil halal dari Jakim (Jabatan Agama Islam Malaysia), seperti kedai kek campur arah dan banyak lagi.

Beliau turut berkongsi pengalamannya sebagai seorang yang pernah "menternak dan makan babi", dengan mendakwa lemak babi merupakan salah satu ramuan untuk untuk menambah perisa dan "kilatan" pada makanan.

"Jika ada makanan yang berkilat seperti mi, kek dan lain-lain, tindak mustahil telah dicampur dengan makanan haram," katanya lagi.

Tiada ulasan: