MALAYSIAKINI
Tun Razak Hussein perdana menteri kedua Malaysia. Anaknya Datuk Seri Najib yang keenam.
Tetapi antara mereka berdua, terdapat perbezaan besar.
Mengulas saiz terbaru kabinet Najib dengan 35 menteri penuh, tokoh wartawan Datuk Kadir Jasin (bawah) mengaitkannya dengan kegemaran orang Malaysia mencatat rekod.
Malah,
katanya, bukan sahaja saiz kabinet, Najib juga dikatakan gemar sambutan
besar-besaran apabila beliau melawat kawasan, berbeza sekali dengan
kepimpinan arwah bapanya.
“Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang
bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa
pembangunan.
“Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung,” kata bekas ketua pengarang kumpulan New Straits Times itu.
Menulis dalam blognya, Kadir berkata, bilangan kabinet Najib mungkin
rekod nasional baru dan mengatasi jumlah purata kabinet
kerajaan-kerajaan lain di seluruh dunia.
“Oleh sebab perdana menteri suka besar maka kita pun berhak untuk
berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita adalah kabinet XXL Mohd
Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata
“Rugi XXL-lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan