KUALA LUMPUR:
Polisi Kerajaan Selangor melaksanakan tender terbuka bagi projek
dikendalikan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) itu berjaya memberi penjimatan
sehingga lebih RM100 juta setahun, lapor Selangor Kini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata penjimatan itu membolehkan Kerajaan Negeri menyalurkan lebihan itu kepada projek pembangunan lain untuk dinikmati rakyat Selangor.
“Kita bukan hendak harga rendah sampai merugikan kontraktor tetapi hendaklah keuntungan yang tidak melampau.
“Polisi tender terbuka ini menjimatkan wang rakyat seperti mana direkodkan pada 2012 menunjukkan lebih RM100 juta dijimatkan dan lebihan itu dapat disalurkan kepada projek lain,” kata Dr Ahmad Yunus ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Dalam usaha menambah kecekapan dan ketelusan pengurusan kewangan negeri, sejak 2008 Selangor di bawah Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berjaya menghapuskan amalan penganugerahan projek atau rundingan terus kepada mana-mana syarikat.
Langkah yang diambil itu ternyata memberi kesan positif terhadap kewangan negeri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan