PETALING JAYA – Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR membatalkan tiga nama calon dari bertanding Ahli Jawatankuasa (AJK) Cabang Sepang, 28 Jun ini.
Pengerusinya, Datuk Johari Abdul berkata, nama mereka dibatalkan kerana melanggar peraturan pemilihan.
“Ketiga-tiga mereka didapati melakukan tindakan yang melanggar pemilihan seperti mengoyak kertas undi,” katanya pada sidang media, di ibu pejabat PKR, semalam.
Dalam pada itu, Johari berkata pemilihan PKR yang sepatutnya selesai sebelum Ramadan terpaksa dipanjangkan.
Katanya, terdapat lima pemilihan semula di mana tiga akan diadakan pada 28 ini dan dua pada Ogos nanti.
“Atas permintaan, kita setuju adakan pemilihan semula tiga cabang, Sungai Besar, Subang dan Sepang pada 28 dan 10 Ogos pula di Puchong dan Kelana Jaya,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Johari berkata, PKR menerima kritikan secara terbuka daripada ahlinya termasuk membawa ke mahkamah berkaitan pemilihan parti.
Ujarnya, ahli parti mempunyai saluran mengemukakan bantahan kepada Jawatankuasa Rayuan atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) jika tidak berpuas hati pada proses pemilihan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan