MALAYSIAKINI
Bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah
meletakkan jawatan sebagai felo penyelidik kanan Universiti Malaya (UM)
hari ini.
Ini sebagai membantah tekanan supaya pengarah Pusat Demokrasi dan
Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) Prof Datuk Dr Redzuan meletak
jawatan.
Saifuddin memberitahu Malaysiakini, Dr Redzuan diminta berbuat demikian kerana kajian yang dilakukan tidak disukai Kementerian Pendidikan.
"Beberapa bulan lepas, naib canselor UM itu ditemui oleh beberapa
pegawai Kementerian Pendidikan yang menasihatkan agar Redzuan meletakkan
jawatan," kata beliau kepada Malaysiakini.
Selain jawatan pengarah Umcedel, tempoh kontrak Redzuan sebagai dekan di
Fakulti Seni dan Sains Sosial yang tamat hari ini, turut tidak
dilanjutkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan