Sabtu, 28 Jun 2014

Felexia Yeap umum rasmi peluk Islam 5 Ramadan ini

Oleh: AFEEQA AFEERA


SHAH ALAM : Model keturunan  Cina yang agak kontroversi kebelakangan ini, Felixia Yeap hari ini secara rasmi mengumumkan akan memeluk Islam pada 5 Ramadan ini.

Beliau berkata demikian  di hadapan kira-kira 1,000 hadirin pada Program Semarak Ramadan peringkat negeri Selangor di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini.

felex1

Felixia, 27, memilih hari lahirnya pada 3 Julai ini sebagai simbolik memperingati hari penuh bersejarah di dalam hidupnya.

“Saya memilih 5 Ramadan kerana ia jatuh pada 3 Julai itu hari jadi saya dan tarikh itu jatuh pada hari Khamis iaitu hari kegemaran Rasulullah SAW.

“Tarikh itu akan menjadi satu hari yang akan saya ingat selama-lamanya,” katanya.

Felixia berkata keputusannya untuk memeluk agama Islam adalah atas kehendak dirinya sendiri dan bukan atas paksaan sesiapa.

Meskipun mengakui kehilangan ramai teman apabila beliau tekad untuk berhijrah, namun memaklumkan sentiasa mendapat sokongan daripada ibunya.

“Kawan-kawan ramai yang lari dan tidak boleh terima perubahan ini tetapi ibu saya gembira dengan perubahan positif yang berlaku kepada saya,” katanya lagi.

felexBeliau berkata meskipun mengenakan imej bertudung, peluangnya sebagai model masih terbuka namun dihadkan kepada yang menutup aurat sahaja.

“Apabila bertudung dan ingin berubah, saya menjangkakan yang terburuk akan berlaku iaitu tiada punca rezeki lagi.

“Tetapi saya bertekad untuk menutup aurat dan berkat Tuhan rezeki saya tidak putus sehingga hari ini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai ciri-ciri lelaki yang mahu dijadikan teman hidup, Felixia berkata pasangan hidupnya mestilah beriman kepada Allah dan boleh menerima dirinya seadanya.

“Orang itu mestilah beriman, boleh membawa saya ke Jannah, penyabar dan sayang saya serta sayang Allah,” katanya.

Felixia atau nama sebenarnya Yeap Chin Yee memulakan kerjaya dalam bidang permodelan pada tahun 2005 dengan menyertai pertandingan Dewi Remaja dan menjadi salah seorang finalis ketika itu.

Jelitawan yang berasal dari Ipoh itu mengejutkan banyak pihak sejak Disember tahun lalu apabila secara beransur-ansur memakai pakaian yang menutup aurat dan mula menolak apa-apa tawaran yang memerlukannya membuka aurat.

Sejak memakai hijab muslimah, Felixia telah beberapa kali diundang oleh beberapa stesen TV untuk diwawancara.EZY

Tiada ulasan: