ANTARAPOS.COM
KUALA LUMPUR: Kebanyakan tempat di seluruh negara mencatat bacaan
Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras baik setakat 11 pagi ini.
Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), 20 lokasi
bagaimanapun merekodkan bacaan IPU sederhana termasuk Nilai (86),
Pelabuhan Klang (77), Shah Alam (73), Petaling Jaya (70), Kemaman (69),
Putrajaya (67) dan Cheras (62).
Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100
(sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak
sihat) dan 300 ke atas sebagai bahaya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan