ANTARAPOS.COM
RIO DE JANEIRO: James Rodriguez menjaringkan antara gol tercantik
kejohanan, sebelum menambah gol kedua ketika membantu Colombia melangkah
ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama selepas menumpaskan Uruguay
2-0, sebentar tadi.
Uruguay nyata tidak bermaya beraksi tanpa Luis Suarez, manakala
Colombia menjadi pasukan yang perlu diberi perhatian apabila berdepan
tuan rumah, Brazil pada suku akhir, Sabtu ini.
Rodriguez meletakkan pasukannya di depan pada minit ke-28 selepas
menjaringkan gol cantik menerusi voli jarak jauh dan meledak gol kedua
hasil rembatan jarak dekat, lima minit selepas babak kedua bersambung. -
AGENSI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan