MSTAR ONLINE
SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)
memohon semua pihak supaya memberi ruang kepada mereka untuk menjalankan
siasatan lebih terperinci terhadap isu penggunaan kalimah Allah oleh
gereja di negeri berkenaan.
Pengarah Jais Ahmad Zaharin Mohd Saad berkata pihaknya pada Jumaat membuat siasatan lanjut ke atas Persatuan Bible Malaysia dan meminta isu berkenaan tidak diperbesarkan mahupun dipolitikkan mana-mana pihak.
Tiada sebarang komen lanjut akan diberikan melainkan kenyataan media yang akan dikeluarkan Jais jika diperlukan pada masa depan berhubung isu berkenaan, katanya menerusi khidmat pesanan ringkas.
Menurut laporan akhbar pada Jumaat, Bahagian Penguatkuasa Jais pada Khamis telah merampas sebanyak 351 naskhah Bible versi Bahasa Melayu dan bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah daripada persatuan itu dan menahan dua individu untuk diambil keterangan bagi siasatan lanjut namun kedua-duanya kemudian dibebaskan atas jaminan polis.
Memetik laporan akhbar itu lagi, kedua-dua individu tersebut ditahan mengikut Seksyen 9, Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Bukan Islam) 1988 kerana menerbitkan dengan menulis kalimah Allah untuk kegunaan orang bukan Islam. - BERNAMA

Tiada ulasan:
Catat Ulasan