KUALA LUMPUR: Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) mendesak Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria supaya perlu berlaku adil dalam mengeluarkan kenyataan.
“Jangan hanya tahu salahkan rakyat semata-mata,” ujar Presiden PMIUM, Mohd Bukhairy Sofian.
Tambahnya, tujuan himpunan adalah untuk memberi isyarat kepada kerajaan rakyat terbeban dengan kenaikan harga barang bukannya mengguling kerajaan.
“Kalau guling kerajaan yang adil barulah bughah (pemberontak) namanya di dalam Islam,” katanya.
Beliau menambah, dalam keadaan negara yang menangung hutang yang banyak, pembaziran terus berlaku, adakah mufti tidak nampak perkara ini.
“Adakah itu tidak zalim? Peruntukan untuk konsert di dataran merdeka sebanyak 15 juta, adakah mufti melihat ini sebagai langkah bijak menyambut tahun baru?” tanya beliau.
Menurutnya, mufti harus berfungsi menasihati pemerintah, bukan mengampu semata-mata.
“Orang di bawah dan rakyat begitu susah untuk mendapat sesuap nasi. Mereka tidak ada elaun dan dibayar gaji seperti mufti,” katanya.
Justeru, tegasnya PMIUM mendesak Harussani menarik balik label bughah dan harus memohon maaf kepada rakyat kerana menisbahkan mereka sebagai bughah (pemberontak) yang mana gelaran yang begitu menghina rakyat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan