MALAYSIAKINI
Kemelut berhubung penggunaan kalimah
Allah di negara ini bukan isu agama sebaliknya lebih kepada masalah
politik, kata Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.
Katanya, walaupun ada kebimbangan berhubung persoalan akidah, kerajaan
sebenarnya boleh menguatkuasakan undang-undang yang menghalang
penyebaran agama bukan Islam kepada umat Islam.
“Dari segi kebimbangan akan mengelirukan orang agama Islam, kerajaan
boleh kuatkuasakan perlembagaan untuk menghalang orang lain sebar agama
mereka kepada orang Islam.
“Habis cerita. Saya orang Islam bangga jika orang lain nak guna nama
tuhan saya sendiri,” katanya dalam majlis minum petang di Putrajaya hari
ini.
Sudah lupa royalti Kelantan, PM?
Sementara itu, menyentuh isu tuntutan royalti minyak Kelantan, bekas
exco Kelantan itu mempersoalkan kenapa pembayaran pusat kepada negeri
itu masih belum dapat dimuktamadkan.
Beliau merujuk kepada jawatankuasa khas yang diumumkan Datuk Seri Najib
Razak pada Ogos 2012 yang mana perdana menteri berjanji memuktamadkan
royalti minyak yang terhutang kepada Kelantan.
“Dia (Najib) janji 6 bulan bayar... Sudah lupa. Jadi pihak akhbar boleh tanya dia,” katanya.
“Takkan kerajaan Najib naik harga (barang dalam tempoh) setengah jam, tapi royalti tak boleh.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan