Khamis, 24 Januari 2013

Tebusan Algeria selamat pulang

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI

Tebusan Algeria selamat pulang
Ravi disambut isterinya, Doreen Micheal Tajie, 45, setelah selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.
 
BAYAN LEPAS - Seorang daripada lima rakyat Malaysia yang menjadi tebusan di Algeria selamat tiba di Pulau Pinang petang semalam.

Jurutera binaan, K Ravi, 48, yang menjadi tebusan di Kompleks Minyak dan Gas di In Amenas, Algeria 16 Januari lalu, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kira-kira jam 5.30 petang semalam.

Beliau yang tinggal di Bukit Jambul di sini, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kejadian itu.

“Saya bersyukur kerana dapat pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.

“Kerajaan Malaysia adalah kerajaan yang baik dan melakukan usaha bersungguh-sungguh untuk membawa saya pulang,” katanya.

Kepulangan Ravi disambut isteri, Doreen Michael Tajie, 45, anak, R Vijayabalan, 19, dan R Sharmilaah Deve, 18.

Dalam kejadian 16 Januari lalu, 60 pemberontak lengkap bersenjata menyerang dan menawan OGPC Amenas, kira-kira 70 kilometer dari sempadan Algeria-Libya dan menjadikan 150 pekerja termasuk 41 warga asing sebagai
tebusan.

Kejadian itu dipercayai bermotifkan balas dendam terhadap tindakan kerajaan Algeria membenarkan ruang udaranya digunakan pesawat tempur Perancis untuk menyerang pemberontak di Mali.

Tiada ulasan: