Isnin, 21 Januari 2013

Sharifah Zohra akan hadir forum Kebebasan Akademik

Harakahdaily,


KUALA LUMPUR: Sharifah Zohra Jabeen yang mencetuskan fenomena ‘Listen’ akan hadir pada forum ‘Kebebasan Akademik & Hak Asasi’ yang diadakan pada 22 Januari ini di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Perkara itu dinyatakan oleh Penyelaras SAMM Mahasiswa, Wan Farel dalam kenyataan disiarkan di dalam blog SAMM, hari ini.

Berikut ialah petikan blog berkenaan.



Ini surat jemputan kepada SHARIFAH ZOHRA. Beliau telah terima dengan bukti cop dan tandatangan milik SW1M.

Antara yg ke pejabat beliau adalah saya sendiri, Saudara Khalid Ismath dari KAMI, Saudari Rara (Penyelaras Wanita Muda SAMM), Saudara Arif dari INSTEF dan saudara Ismi Asyraf dari Gempur.

Respon daripada Staff beliau agak positif, Insyaallah Puan Sharifah Zohra Jabeen akan hadir pada forum “Kebebasan Akademik & Hak Asasi” 22 Januari nanti (selasa) jam 8.00 pm, bertempat d Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Forum “Kebebasan Akademik & Hak Asasi” yang akan diadakan pada 22 Januari juga telah mendapat liputan yang cukup meluas.

Antaranya, saya mendapat panggilan dari Rakyat Singapura dan Student PHD dari University Ballarat Australia bertanyakan mengenai Forum ini. Mereka cukup berminat dengan forum ini dan meminta agak ada Live Streaming pada malam forum tersebut. Rupa-rupanya isu #LISTEN ini bukan sahaja menggegarkan bumi Malaysia tetapi juga menggegar arena antarabangsa.

Semoga forum akan berlangsung dengan penuh ilmiah. Klik di sini untuk maklumat mengenai forum

1 ulasan:

Pelatuk berkata...


saya menyong Puan Syarifah. Jgn hanya kerana seorang mahasiswa dah rasa kita kecut. Realitinya mahasiswa itu lihat dalam negara ini isu pelajaran percuma sahaja ke yg penting!. Sekadar menjadi `pelaung dan jurucakap' PR memang ramai yg sokong, sebab tulah Anwar dan Ambiga setuju dan merasa bangga!.