Khamis, 24 Januari 2013

PENGERUSI JKDB MAKAN GAJI BUTA?

SABAH KINI





LUBANG....Ruslie dakwa kerosakan jalan di lorong 16 selama 13 bulan dibiarkan tiada siapa yang ambil peduli.


Oleh : RICHARD P ANDIANG



SIKAP kurang bertanggungjawab Pengerusi Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Taman Perumahan LPPB Sri Taman yang gagal menjalankan tugas untuk menjaga kebajikan penduduknya telah menimbulkan pelbagai reaksi dan kemarahan di kalangan penduduk setempat.

Wong yang dilantik untuk menjawat jawatan Pengerusi JKDB Taman tersebut oleh mantan ADUN Elopura, Datuk Tham Nyip Shen pada tahun 1994 sehingga sekarang tidak membawa sebarang manfaat dan kemajuan melainkan hanya makan gaji buta kerana menerima elaun bulanan RM450.
Dua orang penduduk Perumahan LPPB yang tinggal di blok 15 dan 16 masing-masing dikenali Azrul bin Sabturani dan Ruslie Abrul mendakwa perlantikan Wong sebagai Pengerusi JKDP taman tersebut memang tidak disukai oleh penduduk, sama ada masyarakat Bumiputera mahupun masyarakat Cina.

"Sebagai Pengerusi JKDB yang dilantik diibaratkan mata telinga kerajaan dan sebagai jambatan untuk memberi maklumat rakyat mengenai dasar-dasar kerajaan; di samping menerima maklum balas hasrat penduduk untuk disampaikan kepada kerajaan Wong telah gagal membuat semua itu,” kata Azrul yang kesal kerana banyak masalah yang dilaporkan termasuk kerosakan jalan, tangki bocor dan masalah sosial, langsung tidak diindahkan.

Sebagai contoh kata Azrul, kerosakan jalan di hadapan rumah Blok 15 dan 16 sudah hampir 13 bulan, walaupun Wong telah mengetahui keadaan sebenar, namun beliau hanya menutup mata.

ROSAK.....Azrul menunjukkan jalan di Blok 15 yang berlubang tidak dibaiki.

Azrul mencadangkan kepada Au Kam Wah agar meletakkan jawatan sebagai ADUN Elopura.
Lagipun beliau tidak mempunyai pengaruh kerana masyarakat Cina tidak menyukanyai kerana berlagak sombong dan cakap besar sambil mendabik dada, "siapa berani buang saya?”

Sementara itu, Ruslie Abrul pula mendakwa beliau sudah hampir 10 tahun tinggal di perumahan LPPB tidak kenal dan tidak tahu siapa pengerusi JKDB taman tersebut sebab Wong tidak pernah bermesra dengan masyarakat setempat, malah berlagak seperti wakil rakyat.

Walaupun Wong mengetahui bahawa penduduk perumahan LPPB yang terdiri daripada kaum Cina dan Bumiputera yang merupakan pengundi tegar BN, namun kesilapan Au melantik beliau menyebabkan para pengundi akan berpaling tadah pada PRU-13.

Tiada ulasan: