Sabtu, 12 Januari 2013

Mat Sabu: Terima kasih kerana #KL112 aman

ROBIATULADAWIYAH ABD RASHAD

Mat Sabu: Terima kasih kerana #KL112 aman
Suasana di Stadium Merdeka petang ini, yang menjadi lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat.
 
KUALA LUMPUR - Pengarah Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan himpunan hari ini.

Mohamad berkata, himpunan itu yang turut dikenali dengan nama "#KL112" adalah rentetan daripada himpunan sebelum ini yang dibawakan oleh parti-parti dibawah Pakatan Rakyat.

"Terima kasih saya ucapkan kepada parti PR, Parti Sosialis Malaysia, semua NGO-NGO yang bertungkus lumus menjayakan HKR112.

"Terima kasih juga kepada pihak pengurusan kerana mengizinkan kita berhimpun hari ini, dari perundingan dan pertemuan, mereka PDRM bekerjasama menjayakan majlis ini serta terima kasih kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Dan lebih utama adalah tuan-tuan dan puan-puan yang menyertai HKR112 ini," katanya ketika berucap di hadapan 50,000 di Stadium Merdeka, hari ini.

Menurut beliau, #KL112 juga telah dan akan berlangsung di beberapa negara lain yang mana mempunyai rakyat Malaysia.

Katanya, PR jayakan himpunan itu dari 3 November lalu dan semalam adalah himpunan akhir seblum menuju ke Putrajaya.

Timbalan Presiden Pas itu turut mengucapkan terima kasih kepada peserta kerana berjaya masuk ke dalam stadium dengan aman.

"Kita datang dengan aman, dan berpisah nanti juga aman dan tenteram. Jangan langsung rosakkan harta awam. Biarlah yang melakukan kerosakan itu Barisan Nasional.

"Hari ini laman web proumno cakap kita bayar RM150 seorang. Betul ke bohong? Bukan kita bayar , tetapi kita mahu minta duit daripada tuan-tuan," katanya yang turut melancarkan derma bagi tabung membiayai program tersebut.

Tiada ulasan: