PAHANG terus memperkukuhkan kedudukan dalam saingan
Liga Super apabila mencatat kemenangan 2-1 ke atas Negeri Sembilan di
Stadium Darul Makmur, hari ini.
Dengan kemenangan ini, ia bukan sahaja mengekalkan rekod tanpa kalah
selepas tiga perlawanan, malah terus menduduki tangga teratas dengan
mengumpul sembilan mata.
Fauzi Roslan menjaringkan gol pertama pada minit ke-27 sebelum Faizol
menjadi wira skuad Tok Gajah dengan meledak gol kedua pada minit ke-76
untuk membantu pasukannya membawa pulang tiga mata penuh.
Begitu pun, kesilapan yang dilakukan pemain Pahang, Hazri Rozali
mengundang padah apabila menjaringkan gol sendiri pada minit ke-89.
Sementara itu, Kelantan yang memasang impian untuk meraih tiga mata
selepas tewas kepada T-Team Sabtu lepas, terus kempunan apabila sekadar
seri 1-1 dengan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV.
Gol Kelantan dijaringkan menerusi Norfarhan Mohammad pada minit ke-37
dan Johor Darul Takzim menyamakan kedudukan menerusi jaringan pemain
importnya, Daniel Guiza pada minit ke-64.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mencatat kemenangan besar setelah membelasah T-Team 3-0.
Gol ATM disumbangkan oleh Shukor Adan (48), Rezal Zambery (65), Marlon Alex James pada minit ke-89.
Dalam pada itu, Lions XII pula gagal mengekalkan rekod kemenangan kali ketiga apabila tewas 0-1 kepada PKNS Stadium Shah Alam.
Felda United pula mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Perak di Stadium TLDM, Perak.
Dalam aksi sebelah petang yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail
Nasiruddin Shah pula, pasukan Selangor menampilkan persembahan yang
lebih bertenaga untuk meraih kemenangan kedua dengan mengalahkan
Terengganu 2-1.
Kejayaan ini bukan sahaja membantu pasukan itu meraih tiga mata penuh
sebaliknya turut meleburkan rekod kalah Selangor selama 11 tahun sejak
tahun 2002.
Dalam perlawanan tersebut, gol Selangor dijaringkan S.Kunanlan pada minit kelapan dan Amri Yahya pada minit ke-17.
Sebelum ini, pada perlawanan kedua, Selangor di bawah bimbingan Irfan Bakti, kalah 0-1 kepada Lions XII.
Berikut keputusan yang berlangsung tadi:
Pahang 2-1 Negeri Sembilan
Kelantan 1-1 Johor DT
ATM 3-0 T-TEAM
PKNS 1-0 Lions XII
Perak 0-1 Felda United
Terengganu 1-2 Selangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan