KELAB GREENBOC
Peserta HKR jangan takut, polis jaga keselamatan
Kuala Lumpur: Jawatankuasa Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) meminta rakyat agar tidak takut untuk menghadiri himpunan itu pada Sabtu ini kerana polis telah memberi jaminan keselamatan sepanjang perhimpunan berlangsung.
Pengerusi HKR, Mohamad Sabu yakin keselamatan rakyat sepanjang himpunan itu akan terjamin memandangkan polis akan memberi kerjasama nanti.
Beliau dan beberapa orang lagi pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan dan perbincangan lebih satu jam bersama Ketua Polis Dang Wangi (OCPD) Zainuddin Ahmad.
"Pertemuan ini adalah peraturan biasa dalam Akta Perhimpunan Aman, dan ini sebagai memenuhi peraturan ini," katanya.
Beliau percaya para peserta himpunan tidak akan membawa sepanduk yang akan menghina agama orang lain.
Sehubungan itu, katanya, orang ramai boleh membawa sepanduk atau kain rentang bagaimanapun ianya tidak boleh menimbulkan sebarang provokasi.
"Syarat ini katanya, antara 27 syarat yang perlu dipatuhi oleh peserta HKR.
Pada awalnya ia tidak dibenarkan membawa kain rentang tetapi kami membantah syarat itu, akhirnya polis membenarkan asal tidak menimbulkan sebarang ketidakpuasan hati sesetengah pihak," katanya dalam sidang media di perkarangan IPD Dang Wangi.
Sementara itu, Hishamuddin Rais yang juga jawatankuasa HKR meminta media melaporkan agar perserta himpunan menggunakan pengangkutan awam untuk ke Stadium Merdeka.
Beliau mengingatkan para peserta tidak merosakkan barang-barang serta padang Stadium Merdeka kerana ia adalah padang warisan yang perlu dipelihara.
"Kita juga dimaklumkan oleh pihak polis akan ada jalan-jalan ditutup untuk melancarkan perjalanan himpunan itu nanti.
"Dan kita juga meminta kereta tidak diletak di bahu jalan di sekitar stadium dan meminta polis membenarkan para peniaga berniaga di kawasan itu," katanya.
Beliau turut memberitahu beberapa lokasi berkumpul dan masing-masing akan diketuai oleh pimpinan Pakatan Rakyat serta NGO.
- Masjid Negara (Hijau) akan diketuai oleh Dr Mujahid Yusof Rawa, Khalid Samad dan Azmin Ali.
- Pasar Seni (Ungu atau jingga) akan diketuai oleh Dr Siti Mariah Mahmud, Teresa Kok, dan Elizabeth Wong.
- Universiti Malaya (Anak Muda) akan diketuai oleh Raja Iskandar Al Hiss, Adam Adli, Nurul Izzah Anwar dan Saiful Anang.
- KLCC akan dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman
- Brickfield dan KL Central di kepalai oleh Zunar Kartunis, Arun dan Faizal.
LIHAT VIDEO DI SINI DAN JUGA DI SINI
Penganjur Minta Peserta HKR112 Patuhi Arahan Pimpinan
Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR 112) perlu mematuhi semua arahan yang diberikan pimpinan semasa berkumpul dan bergerak ke Stadium Merdeka Sabtu ini.
Ini kerana, Penganjur HKR 112 dan polis sudah menyatakan persetujuan bersama bagi menetapkan beberapa lokasi yang akan dijadikan lokasi awal berkumpul.
Perkara ini dinyatakan Ahli Jawtankuasa Penganjur HKR 112, Hishamuddin Rais dalam satu sidang media di perkarangan IPD Dang Wangi selepas perbincangan bersama lebih satu jam bersama pihak polis.
Lokasi dan pimpinan Pakatan Rakyat yang terlibat adalah seperti berikut:
Brickfields – Aruchelvan, Maria Chin Abdullah dan Faizal Yusof.
Universiti Malaya – Nurul Izzah, Ng Suee Lim dan Raja Iskandar, Adam Adli, Safwan Anang.
KLCC – Mazlan Aliman, Datuk Husam Musa, Datuk Teng Chang Kim.
Jalan Sultan – Ronnie Liu, Fuziah Salleh
Pasar Seni – Dr Siti Mariah, Taresa Kok, Elizabeth Wong
Padang Sultan Sulaiman – Chegu Bard
Selain itu, penganjur juga turut menyatakan empat jalan utama akan ditutup bagi memastikan perhimpunan dan pergerakkan peserta berlangsung lancar.
Empat jalan tersebut adalah Jalan Hang Jebat, Jalan Changkat Stadium, Jalan Stadium dan Jalan Maharajalela.
Menurut Hishamuddin lagi, peserta turut diingatkan supaya menggunakan kenderaan awam bagi mengelakkan kesesakkan pada hari himpunan.
“Kami daripada pihak penganjur juga meminta peniaga-peniaga berniaga kalau boleh di seberang jalan berhampiran Chinese Assambly Hall (KLCAH).
“Ini merupakan sebahagian daripada perkara yang dipersetujui bersama polis tadi,” ujarnya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Penganjur HKR, Mohammad Sabu menyatakan, perbincangan bersama pihak pengurusan Stadium Merdeka pagi tadi berlangsung positif.
Selain itu, pihaknya juga bersedia mematuhi 27 peraturan yang ditetapkan seperti yang dinyatakan di dalam Akta Himpunan Aman 2012.
“Perbincangan stadium cukup positif di mana perkara tentang keselamatan dan teknikal,” katanya.
Beliau menambah, penganjur juga akan menyediakan 10,000 anggota keselamatan yang terdiri daripada Unit Amal dan anggota Pakatan Rakyat bagi membantu perjalanan himpunan.
Dalam pada itu, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata, polis tidak membenarkan sebarang kain rentang dan pelekat berunsur hasutan, dan memecah belahkan keamanan dibawa semasa himpunan bagi mengelakkan perasaan gusar masyarakat dan orang awam. -selangorku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan