Jumaat, 11 Januari 2013

Himpunan di Sabah diteruskan meski polis halang

KEADILAN DAILY

SABAH : Gabungan NGO menuntut hak rakyat Sabah (GEGAR) akan tetap mengadakan himpunan di negeri itu esok meskipun dihalang polis, kata Koordinatornya, Hariyadie Karmin.



“GEGAR berpendirian akan meneruskan himpunan biarpun mendapat halangan daripada pihak Polis.

“Penganjur memberi jaminan perhimpunan ini akan berlangsung dengan aman dan hanya menjadi ruang untuk rakyat Sabah meluahkan pandangan kepada Kerajaan Negeri Sabah,” katanya dalam kenyataan media.

Himpunan bertempat di Taman Chong Thien Vun, jam 2.00 petang akan diadakan serentak dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat di Kuala Lumpur padatarikh yang sama.

Semalam, Ketua polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Jauteh Dikun melarang rakyat Sabah terbabit dengan Himpunan Aman Sabah Bangkit, Sabtu ini. Bagaimanapun, Hariyadie menafikan kenyataan Jauteh bahawa penganjur tidak membuat sebarang permohonan untuk menganjurkan himpunan berkenaan.

“Penganjur cuba menghantar surat pemakluman dengan hadir ke Balai Bolis Karamunting pada 7 Januari namun pegawai bertugas enggan menerima surat berkenaan. Penganjur bagaimanapun menghantar surat pemakluman tersebut melalui Pos pada hari yang sama kepada Balai Polis Karamunting,” katanya.

Menurutnya, semasa hadir ke balai tersebut, pihaknya diminta memberi butir lengkap penganjur dan program yang akan dijalankan.

“GEGAR menganggap prosedur ini ingin menyusahkan rakyat daripada mengamalkan hak kebebasan berhimpun. GEGAR percaya, rakyat berhak duduk dan bebas untuk berada di mana-mana sudut di negeri ini,” ujarnya.

Namun katanya, GEGAR mengalu-alukan kehadiran polis untuk  mengawal keselamatan orang awam serta memberi jaminan himpunan ini akan berlansung dengan aman.

Tiada ulasan: